kepercayaan kepada tuhan - keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara.
amanah - sikap bertanggunjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
harga diri - keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
bertanggungjawab - kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
hemah tinggi - beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
toleransi - kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
berdikari - kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
kerajinan - usaha yang berterusan penuh dengan semangat kegigihan, kecekalan, ketekunan, berdaya maju dan dedikasi dalam melakukan sesuatu perkara.
kasih sayang - kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
keadilan - tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
rasional - boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan mengambil keputusan berasaskan pertimbangan yang wajar.
kesederhanaan - bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan dan perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
kasih sayang terhadap keluarga - perasaan cinta kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
hormat dan taat kepada anggota keluarga - memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis
mengekalkan tradisi kekeluargaan - menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu adat, kepercayaan dan kebiasaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.
tanggungjawab terhadap keluarga - kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.
menyayangi dan menghargai alam sekitar - kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
keharmonian antara manusia dengan alam sekitar - keadaan saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam terpelihara.
kemapanan alam sekitar - pengekalan keseimbangan alam sekitar sebagai tanggunjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.
peka terhadap isu-isu alam sekitar - prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha untuk menyelesaikannya.
cinta akan negara - perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
taat setia kepada raja dan negara - kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara.
sanggup berkorban untuk negara - kerelaan melakukan dan menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.
melindungi hak kanak-kanak - membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.
menghormati hak wanita - melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
melindungi hak pekerja - menghormati, menghargai dan mengiktiraf jasa, sumbangan dan perkhidmatan golongan pekerja dalam pembangunan Malaysia.
menghormati hak golongan kurang berupaya - memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan.
melindungi hak pengguna - memelihara dan membela hak individu untuk menjadi seorang pengguna yang bijak, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksplotasi.
mematuhi peraturan dan undang-undang - menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan dimana seseorang itu berada.
kebebasan bersuara - kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.
kebebasan beragama - kebebasan setiap individu untuk mengamalkan dan menganuti agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.
penglibatan diri dalam pembangunan negara - kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembagaan Malaysia.
sikap keterbukaan - bersedia memberi dan menerima pandangan pembaharuan dan kritikan selaras dengan fakta kebenaran dan norma masyarakat Malaysia.
hidup bersama secara aman - hidup berbaik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
saling membantu dan bekerjasama - usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
saling menghormati antara negara - menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk kesejahteraan sejagat.
everyone must "memorize" this before they sit for their spm, yet same as me..
... moral ....
.................
lol or haizz ??